Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Swiatek bertemu Sabalenka di final Stuttgart

    STUTTGART, JERMAN, 24 APRIL – Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek berkata dia ‘dilahirkan untuk bertarung’ selepas menewaskan Luidmila Samsonova kelmarin untuk mengesahkan kemenangan ke-22 berturut-turut dan menempah tempat ke final Stuttgart.

    Selepas perlawanan berlangsung selama lebih tiga jam, Swiatek menukar mata perlawanan pertamanya setelah mematahkan servis Samsonova tiga kali pada set terakhir untuk meraih kemenangan 6-7 (4/7), 6-4, 7-5.

    Ia adalah perlawanan serangan balas yang mengagumkan oleh pemain berusia 20 tahun itu yang melahirkan kegembiraan selepas memperoleh mata terakhir.

    “Secara terus-terang saya benci akan kekalahan dan awda tidak mahu berputus asa. Pemain seperti saya dilahirkan untuk bertarung,” kata Swiatek yang gembira setelah mara ke empat final berturut-turut setelah memenangi kejuaraan di Doha, Indian Wells dan Miami.

    Pada hari ini, dia berdepan dengan Aryna Sabalenka, yang sebelum ini telah mara ke final untuk tahun kedua berturut-turut dengan kemenangan straight set ke atas Paula Badosa.

    Reaksi Iga Swiatek meraikan kemenangannya selepas berjaya mengatasi Liudmila Samsonova di Stuttgart, Jerman, kelmarin. – AFP

    “Tiada banyak masa untuk pulih, tetapi secara fizikal saya sudah bersedia, jadi saya hanya akan melakukannya,” kata Swiatek.

    Sabalenka berjaya mendahului dalam pertarungan sengit set pertama, kemudian menambah tekanan pada set kedua untuk melakar kemenangan 7-6 (7/5), 6-4.

    “Ia adalah perlawanan yang sengit dan dia adalah saingan yang sukar,” kata Sabalenka.

    “Saya berusaha untuk bertahan dalam set pertama dan kembali mendapatkan mata penentu,” tambahnya, merujuk kepada set pembukaan yang akhirnya selesai dengan keputusan seri.

    Sabalenka memberikan tindak balas apabila servisnya digagalkan pada permulaan set kedua dengan melakukan serangan balas.

    Prestasi Badosa kemudiaannya merosot dalam set seterusnya, melakukan kesalahan berganda untuk memberikan kemenangan kepada Sabalenka dalam mata penamat pertamanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...