Saturday, April 26, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Swiatek mara ke pusingan ke-3

    MADRID, 25 APRIL – Juara bertahan Terbuka Madrid, Iga Swiatek terselamat daripada dikejtukan, untuk menewaskan bintang remaja yang sedang meningkat, Alexandra Eala 4-6, 6-4, 6-2 kelmarin dan mara ke pusingan ketiga.

    Pemain Filipina berusia 19 tahun itu, yang menewaskan Swiatek dalam set pertama memberikan kejutan untuk mara ke separuh akhir Terbuka Miami pada Mac lalu, merupakan pemain pertama memenangi set tersebut apabila pemain nombor dua dunia itu bergelut.

    Swiatek, yang berada di bawah prestasi terbaiknya setakat musim ini, menemui rentaknya pada set kedua dan akhirnya menewaskan Eala,yang berada di kedudukan ke-72, dengan mudah di set ketiga.

    “Bukan mudah untuk mengikuti rentak dan masa yang tepat dan saya gembira kerana saya hanya bersabar,” kata Swiatek kepada penyiar Sepanyol, TVE.

    “Saya suka bermain di sini, pastinya saya berbangga dengan persembahan dalam dua tahun lepas,” tambahnya.

    Eala menewaskan Swiatek dalam permainan pertama dan memberikan saingan dalam dua permainan servis pertamanya, dengan menyelamatkan dua pematah servis.

    Pemain dari Filipina itu menyelamatkan satu lagi pematah servis dalam perlawanan keenam sebelum mengecewakan Swiatek untuk mendahului 5-2.

    Pakar gelanggang tanah, Swiatek, telah memperoleh servis tetapi Eala dapat menggunakan kelebihannya, dengan merampas mata pada set ketiga apabila juara Grand Slam lima kali itu melakukan pukulan balas. – AFP

    Swiatek memukul bola kepada Eala semasa perlawanan perseorangan kejohanan tenis di Caja Magica di Madrid pada 24 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda