Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Swiatek mara ke suku akhir Terbuka Korea

    SEOUL, 18 SEPT – Pemain nombor dua dunia, Iga Swiatek, bangkit daripada kekecewaan di Terbuka Amerika Syarikat (AS) untuk melangkah ke suku akhir Terbuka Korea selepas menewaskan Sorana Cirstea dari Romania 6-3, 6-2 hari ini.

    Juara Grand Slam enam kali dari Poland itu akan berdepan pemenang perlawanan antara Emma Raducanu dan Barbora Krejcikova dalam aksi seterusnya di Seoul.

    Swiatek, 24, sebelum ini tersingkir di suku akhir Terbuka AS selepas tewas kepada Amanda Anisimova, namun tidak berdepan masalah ketika menundukkan lawan tidak tersenarai itu.

    “Keadaan di sini sangat berbeza berbanding kejohanan lalu. Saya gembira dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Saya suka berada di sini, lebih-lebih lagi bila tidak hujan,” katanya kepada penonton di ibu negara Korea Selatan yang mengalami hujan lebat minggu ini.

    Bapa Swiatek, Tomasz pernah mewakili Poland dalam acara mendayung di Sukan Olimpik Seoul 1988, menamatkan set pertama dalam masa 49 minit selepas enam mata set.

    Momentum itu diteruskan dalam set kedua apabila dia terus mematahkan servis Cirstea sebelum menamatkan perlawanan tanpa banyak masalah.

    Pemain pilihan utama itu kini memburu gelaran ke-25 dalam karier WTA, dan akan menentang pemenang perlawanan Khamis depan antara Raducanu dari Britain dan Krejcikova dari Republik Czech. – AFP

    Reaksi Iga Swiatek semasa perlawanan suku akhir perseorangan wanita Kejohanan Wimbledon 2025 di Kelab Tenis dan Croquet All England Lawn di Wimbledon, barat daya London pada 9 Julai lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda