Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Swiatek menang Terbuka Korea

    SEOUL, 22 SEPT – Pemain pilihan utama, Iga Swiatek bangkit daripada permulaan hambar untuk menewaskan pilihan kedua, Ekaterina Alexandrova 1-6, 7-6 (3), 7-5, sekali gus menjuarai Terbuka Korea di Pusat Tenis Taman Olimpik Seoul, kelmarin.
     
    Swiatek, 24, yang juga pemenang enam kejuaraan Grand Slam, menjatuhkan servis sendiri lima kali, tewas 6-2 dalam ace, melakukan sembilan double fault dalam perlawanan yang berlangsung hampir tiga jam.
     
    Walaupun beraksi bergelut pada set pembukaan yang dimenangi Alexandrova dalam masa 30 minit, pengalaman luas pemain ranking kedua dunia itu menjadi faktor penentu kemenangan.
     
    “Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu bagaimana saya memenanginya kerana awda bermain dengan cemerlang dan saya hanya cuba bertahan,” kata Swiatek ketika menyampaikan ucapan selepas perlawanan.
     
    Kejayaan itu merupakan gelaran ketiganya musim ini selepas menjuarai Terbuka Cincinnati bulan lalu dan Wimbledon pada Julai, selain menandakan kejuaraan ke-25 dalam kariernya. Swiatek kini memiliki rekod 25-5 dalam perlawanan akhir WTA. – AP
     
    Iga Swiatek memegang trofi meraikan kejayaannya semasa perlawanan Terbuka Korea di Pusat Tenis Taman Olimpik, Seoul, Korea Selatan pada 21 September. – Reuters
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda