Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Swiatek rangkul gelaran kelapan tahun ini

    SAN DIEGO, 17 OKT – Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Iga Swiatek merangkul gelaran kelapan tahun ini hasil kemenangan 6-3, 3-6 dan 6-0 ke atas pemain Croatia, Donna Vekic di final Terbuka San Diego, kelmarin.

    “Ia merupakan perlawanan yang sangat sengit dan agak panjang,” kata Swiatek. “Kami merasakan bahangnya. Pada akhirnya, saya mahu menjadi yang terakhir bermain di gelanggang.”

    Swiatek menrangkul gelaran juara pada tahun ini di Terbuka Amerika Syarikat, Terbuka Perancis, Qatar, Indian Wells, Miami, Stuggart dan Rom.

    Pemain berusia 21 tahun dari Poland itu bangkit semula dalam kejohanan ke-sembilan pada tahun ini selepas kalah kepada Barbora Krejcikova dari Czech di Ostrava pada minggu lepas.

    “Saya sedar kehebatannya ketika servis, jadi saya mahu lebih melonggarkan permainan.

    “Tidak berfikir terlalu banyak, tetapi menggunakan gerak hati dan berjuang untuk setiap pukulan.”

    Walaupun tewas set pertama, Donna tidak mudah mengalah dan terus berjuang untuk memenangi set kedua, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

    Perlawanan ini merupakan final WTA yang pertama buat Vekic sejak dia menang gelarang juara buat kali ketiga dalam kariernya Oktober lalu di Courmayeur, Itali. – AFP

    Aksi Iga Swiatek membalas hantaran Donna Vekic semasa perlawanan akhir tenis Terbuka San Diego, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...