Wednesday, August 17, 2022
23.5 C
Brunei

Swiss Re dedah kerugian bencana alam cecah AS$72 bilion

-

ZURICH, 2 OGOS – Jumlah keseluruhan kerugian ekonomi akibat bencana alam mencecah kira-kira AS$72 bilion dalam suku pertama 2022, gergasi insurans Swiss, Swiss Re mengatakan hari ini.

“Kesan perubahan iklim adalah bukti dalam peristiwa cuaca ekstrem yang semakin meningkat, seperti banjir yang tidak dijangkakan di Australia dan Afrika Selatan,” kata Ketua Situasi Bencana Swiss Re, Martin Bertogg.

Kumpulan berpusat di Zurich itu yang bertindak sebagai penginsurans bagi orang yang diinsuranskan, mengatakan kerugian disemarakkan lagi oleh taufan musim dingin di Eropah dan taufan di Amerika Syarikat dan Eropah.

“Ini mengesahkan trend yang kita amati dalam masa lima tahun kebelakangan, bahawa bencana sekunder memacu kerugian barangan diinsuranskan di setiap ceruk dunia,” kata Bertogg. “Tidak seperti taufan atau gempa bumi, bencana-bencana ini sentiasa ada dan semakin memburuk akibat urbanisasi yang pantas khususnya di kawasan mudah terdedah,” tambahnya.

“Berdasarkan skala kemusnahan di seluruh dunia, bencana sekunder ini memerlukan penilaian risiko sama dengan penilaian risiko bencana primer seperti taufan. Bencana alam semula jadi telah mengakibatkan AS$91 bilion kerugian pada separuh masa pertama 2021,” katanya. – AP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -