BERLIN, 9 JULAI – Switzerland akan mengimport lebih banyak keju daripada eksport tahun ini buat kali pertama, menurut ketua persatuan tenusu negara itu.
Pembukaan pasaran susu Switzerland telah memberi tekanan kepada pengeluar domestik sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mendorong beberapa orang untuk berputus asa, kata Boris Beuret kepada akhbar yang berpangkalan di Geneva Le Temps dalam satu temu bual yang diterbitkan kelmarin.
Beuret berkata langkah perlu diambil untuk memastikan Switzerland, yang terkenal di seluruh dunia dengan jenis keju berkualiti tinggi seperti Gruyère dan Emmentaler, boleh terus menghasilkan untuk penduduknya sendiri.
“Jika tidak, maka kita akan mengimport (keju), yang tidak masuk akal dari segi ekonomi, sosial dan ekologi,” beliau dipetik sebagai berkata. – AP


