Friday, October 18, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Switzerland hos EURO wanita 2025

    LISBON, 5 APRIL – Switzerland akan menjadi tuan rumah Kejohanan Eropah wanita pada 2025, UEFA mengumumkan selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutifnya, kelmarin.

    Switzerland menewaskan tawaran dari Perancis, bidaan bersama oleh Denmark, Finland, Norway dan Sweden serta satu lagi dari Poland.

    Switzerland menewaskan bidaan bersama Nordic dalam pusingan kedua pengundian selepas Poland dan Perancis kedua-duanya tersingkir.

    Perancis berjaya menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita 2019 tetapi peluangnya untuk dianugerahkan satu lagi kejohanan besar terhalang oleh kekecohan yang menjejaskan perlawanan akhir Liga Juara-juara lelaki tahun lepas di Stade de France di Paris.

    “Kejohanan kami sepatutnya menjadi perayaan empat minggu untuk seluruh Switzerland dan, terima kasih kepada lokasi kami di tengah-tengah Eropah, untuk negara jiran,” kata Marion Daube, pengarah bola sepak wanita di Swiss FA, dalam satu kenyataan.

    Acara 16 pasukan itu akan berlangsung pada bulan Jun dan Julai 2025 di lapan bandar.
    Perlawanan akan dimainkan di ibu negara, Bern serta di Basel, Geneva, Zurich, St Gallen, Sion, Lucerne dan Thun. – AFP

    Swiss FA. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda