NIZHNIY NOVGOROD, Rusia, 2 Julai – Pasukan Switzerland mencuri tumpuan di Rusia susulan kontroversi pemainnya meraikan jaringan, tetapi pada masa sama pasukan itu kini di landasan tepat untuk menyamai pencapaian terbaik pada Piala Dunia.
Jika skuad kendalian Vladimir Petkovic menewaskan Sweden di Saint Petersburg, malam esok, mereka akan menjadi pasukan Switzerland pertama dalam tempoh 64 tahun mara ke suku akhir dalam kejohanan berprestij itu.
Walaupun dipalit dengan kontroversi meraikan gol dengan aksi gaya burung helang berkembar atau ‘double eagle’ dengan tangan mereka ketika menentang Serbia, namun pasukan itu menghasilkan keputusan cemerlang di peringkat kumpulan.
Diketuai kapten, Stephan Lichtsteiner, dipacu dengan tenaga Valon Behrami selain kreativiti yang dimiliki Xherdan Shaqiri, Switzerland berjaya melepasi saingan Kumpulan E yang disifatkan ‘kumpulan maut’ yang turut dibarisi Brazil.
Mereka masih belum tewas di Rusia, menjaringkan gol dalam setiap perlawanan dan kekalahan di tangan Portugal Oktober tahun lalu adalah satu-satunya kecacatan dalam keputusan cemerlang sepanjang tempoh dua tahun lalu.

“Kami mahu lebih lagi,” kata Petkovic selepas pasukan itu berjaya mara ke pusingan 16 terbaik.
“Kami pernah mencipta sejarah, kami ada cita-cita tinggi dan cita-cita kami seterusnya adalah menewaskan Sweden.”
Kali Switzerland mara ke suku akhir Piala Dunia adalah pada 1954 selaku tuan rumah kepada hanya 16 pasukan yang beraksi. Mereka tewas di suku akhir di tangan Austria 7-5 selepas mendahului dengan tiga gol.
Tetapi ketika mereka mempamerkan aksi perlawanan setanding atau lebih baik, mereka boleh menandingi untuk perlawanan menentang Sweden.
Pertahanan Switzerland telah mempamerkan aksi cemerlang setakat ini namun mereka akan beraksi tanpa tunggak pertahanan utama Lichtsteiner dan Fabian Schaer ketika menentang Sweden selepas kedua-duanya memperoleh dua kad kuning di peringkat kumpulan. – AFP