Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Switzerland pengimport bersih keju tahun ini

    BERLIN, 8 JULAI – Switzerland akan mengimport lebih banyak keju daripada yang dieksport tahun ini buat kali pertama, menurut ketua persatuan susu negara itu.

    Pembukaan pasaran susu Switzerland telah memberi tekanan kepada pengeluar domestik sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mendorong sebahagian dari mereka untuk menyerah, kata Boris Beuret kepada akhbar Le Temps yang berpangkalan di Geneva dalam satu wawancara yang diterbitkan, kelmarin.

    Beuret mengatakan langkah-langkah perlu diambil bagi memastikan Switzerland yang terkenal di seluruh dunia dengan berbagai-bagai jenis keju berkualiti tinggi seperti Gruyere dan Emmentaler dapat terus menghasilkan untuk penduduknya sendiri.

    “Jika tidak, maka kita akan mengimport (keju), yang tidak masuk akal dari segi ekonomi, sosial dan ekologi,” katanya seperti yang dikutip. – AP

    Keju dari Switzerland dipersembahkan di pameran eat’n Style di Cologne, Jerman, 14 November 2008. – AP

    Ikuti berita lanjut dalam Edisi Isnin (Media Permata)

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda