Friday, January 31, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Switzerland rancang haramkan pengambilan anak angkat dari luar

    GENEVA, 30 JAN – Kerajaan Switzerland berkata, kelmarin, ia merancang untuk mengharamkan pengambilan anak angkat dari luar negara selepas pendedahan penyelewengan berskala besar dan kebimbangan mengenai penderaan berterusan.

    Kerajaan Switzerland, yang dikenali sebagai Majlis Persekutuan, berkata dalam satu kenyataan, ia telah menugaskan kementerian kehakiman untuk merangka cadangan menjelang akhir tahun depan.

    “Di Switzerland, tidak akan ada lagi pengambilan anak angkat dari luar negara pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Kerajaan itu berkata, semakan oleh panel pakar bebas telah menentukan bahawa walaupun undang-undang pengangkatan anak yang paling ketat telah dikuatkuasakan namun ia tetap tidak dapat menghalang kes penderaan.

    “Status quo tidak cukup baik,” kata Menteri Kehakiman, Beat Jans kepada pemberita.

    Kerajaan telah menugaskan semakan bebas itu selepas dua kajian dalam beberapa tahun kebelakangan ini mendedahkan penderaan berskala besar, menunjukkan bahawa beribu-ribu kanak-kanak mungkin telah diambil secara haram dari pelbagai negara dan dibawa ke Switzerland antara 1970 dan 1990. – AFP

    PHOTO: ENVATO
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda