Saya merupakan pengguna tetap Lebuh raya Tungku-Jerudong. Sejak dibuka pada 2015, saya dapat lihat beberapa penambahbaikan telah dilakukan terhadap lebuh raya tersebut. Jika sebelum ini, tiada penghadang besi dibina di siring jalan, sekarang sudah ada. Saya masih ingat lagi, semasa hujan turun dengan lebat, saya terlihat sebuah kereta Suzuki Grand Vitara yang dipandu oleh seorang