Baru-baru ini, saya telah pergi membawa anak saya ke Hospital RIPAS bagi mendapatkan rawatan di Bahagian Pesakit Luar.
Apa yang mengejutkan saya ialah keseluruhan proses berjalan dengan begitu lancar.
Dari saat membuat pendaftaran, perjumpaan dengan jururawat, berjumpa doktor sehinggalah ke tempat pengambilan ubat, semuanya berjalan dengan lancar dan baik.
Saya juga tidak perlu menunggu terlalu lama. Saya berada di sana kurang lebih satu jam sahaja sebelum segala urusan selesai.
Hal ini amat berbeza dengan pengalaman saya beberapa tahun dahulu, apabila saya pernah menunggu dari jam 10 malam hingga 2 pagi untuk mendapatkan rawatan.
Saya tidak tahu sama ada kali ini saya bernasib baik atau memang sistem perkhidmatan telah bertambah baik, tetapi saya benar-benar berharap cara layanan mesra, pantas dan cekap seperti ini dapat dikekalkan setiap masa oleh semua pihak yang terlibat.
Syabas kepada Hospital RIPAS, khususnya Bahagian Pesakit Luar, atas usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai.
Nurani










