Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Syabas kepada pihak pengurusan liga B-12

    Saya ingin memuji pihak pengurusan yang telah menganjurkan liga bola sepak bawah 12  tahun (B-12) yang cukup menarik.
     
    Setakat ini, perjalanan liga sudah menghampiri separuh musim dan kelihatan kesemua lapan pasukan bertanding dengan penuh semangat kesukanan setiap kali perlawanan berlangsung di stadium yang penuh dengan penonton.
     
    Saya juga dapat perhatikan adanya usaha-usaha pihak berkenaan untuk menaikkan semula kegemilangan sukan ini yang dulunya pernah mengharumkan nama negara di peringkat serantau. 
     
    Saya juga ingin mencadangkan agar pihak berkenaan menambah jumlah pasukan yang bermain dalam liga berkenaan dan mencari bakat-bakat baharu yang tersembunyi.
     
    Selain itu, perlawanan persahabatan bersama pasukan luar seperti dari Sabah, Sarawak dan Labuan juga perlu sering diadakan untuk meningkatkan lagi prestasi para pemain.
     
    Pihak berkenaan juga diharapkan akan dapat menganjurkan klinik bola sepak agar dapat memberikan pemahaman tentang taktik dan teknik yang popular dalam permainan bola sepak.
     
    Awang Jo
     
    Gambar serahan Awang Jo.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...