Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Syabas kerajaan Brunei

    Baru-baru ini saya berpeluang meluangkan sedikit masa untuk membuat beberapa urusan kerajaan di jabatan berkaitan pendaftaran dan imigresen.

    Disebabkan kerja, saya hanya dapat membuat urusan-urusan tersebut pada hari Sabtu sahaja.

    Saya ingin berterima kasih kepada Puan A kerana tetap memberikan layanan terbaik walaupun sudah beberapa kali terpaksa menjadualkan semula ‘perjanjian’ kami. Sedikit pun tidak menzahirkan perasaan kecewa atau marah. Malah, Puan A risau surat rasmi kerajaan tidak sampai ke alamat yang kami berikan suatu ketika dahulu.

    Kemudian, saya mengunjungi bangunan berhampiran untuk membuat kad pengenalan hijau. Saya tidak terkejut apabila Tuan B menyatakan bahawa nombor giliran telah pun habis untuk hari tersebut.

    Untuk makluman, pihak mereka hanya mengeluarkan 50 nombor giliran sahaja setiap hari pada pukul 6:45 pagi. Jadi, jangan terkejut jika awda datang pada awal pagi semasa waktu pejabat dibuka dan mendapati nombor giliran habis.

    Sebagai alternatif, awda bolehlah membuat tempahan untuk bulan depan. Hanya perlu hadapkan pasport asal dan kad pengenalan yang lama. Pegawai bertugas akan menempah slot pada sesi petang untuk awda. Selamat mencuba!

    Hang sabar

    Apabila berurusan dengan pihak kerajaan, kesabaran yang tinggi amat diperlukan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...