SERIAN, 21 SEPT – Polis menahan seorang lelaki dan merampas syabu seberat 36 kilogram (kg) bernilai RM1.296 juta semasa menjalankan tugas dalam Op Benteng berhampiran Kampung Sejijak di Jalan Tebedu-Serian, Sabtu lepas. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata dalam operasi kira-kira pukul 5 pagi, pasukannya mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan dari arah Serian menuju