Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syada Amzah sedar tidak disukai

    Penyanyi Malaysia, Syada Amzah berlapang dada apabila video beliau menyanyikan lagu Kalam Eneih baru-baru ini mendapat kecaman hebat warganet.

    Memetik dari mStar, ia kerana kata Syada atau Nursyhuhada Amir Amzah, 25, masih ramai tidak berpuas hati dengan kemelut melanda keluarganya sebelum ini sehingga menggunakan video tersebut sebagai tempat melampiaskan kemarahan.

    “Saya rasa mungkin isu lama saya, mereka masih lagi terasa hati… Jadi benda yang tiada kaitan pun jadi isu.

    “Kalau saya jadi orang luar mungkin akan rasa benda sama walaupun itu bukan niat sebenar saya.

    “Kalau saya mahu publisiti, saya akan cari pihak media. Saya tak rasa saya tagih perhatian, paling penting niat kita,” katanya.

    Syada menjelaskan perkara itu menerusi temu bual dalam program Melodi pada kelmarin.

    Kata Syada, beliau menghargai setiap komen malah berbangga dengan pencapaian diri sebagai seorang penyanyi.

    Malah, Syada berpendapat setiap orang berhak meninggalkan pelbagai jenis komen kerana laman sosial bersifat terbuka.

    “Sejujurnya saya sedikit pun tidak terasa. Kita hanya manusia biasa dan saya sendiri pun tak harap semua orang sukakan saya.

    “Lagu Tamil dan Arab adalah lagu paling susah dinyanyikan… Mungkin netizen komen untuk sakitkan hati tapi bagi saya ia satu pujian.

    “Untuk ke tahap biasa itu pun saya dah bangga. Saya hargai setiap komen orang.

    “Kalau berbentuk nasihat yang baik saya terima tapi kalau menghina itu terpulang pada mereka,” luahnya.

    Dalam pada itu, Syada mengakui ramai yang tidak senang dengannya sehingga setiap perbuatannya menjadi kesalahan di mata netizen.

    “Saya sebenarnya dah sampai tahap saya bernafas pun orang tak suka. Tapi sebenarnya saya orang yang mudah buat kawan,” ujarnya.

    Syada Amzah tidak baca komen di media sosial. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda