Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syafie, isteri ambil masa 6 bulan luahkan isi hati

    “Rasa macam tak percaya. Begini rupanya perasaan sudah berkahwin, rasa seperti terawang-awangan. Sebelum majlis akad nikah tadi rasa nak gugur jantung, tapi sekarang lebih okey.”

    Demikian kata pelakon Malaysia, Syafie Naswip, mengenai majlis pernikahannya dengan pelakon, Nur Afiqah Ishak yang berlangsung di sebuah dewan di Putrajaya, pagi tadi.

    Syafie berkata, dia tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan atau perkenalan dengan isterinya yang sudah terjalin sejak dua tahun lalu.

    “Semakin menginjak dewasa saya rasa lebih elok jika hanya orang terdekat saja yang tahu mengenai hubungan ini.

    “Cukup sekadar ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat yang selalu bersama saat susah dan senang tahu mengenai hubungan saya dengan Nur Afiqah.

    Syafie kini bergelar suami kepada pelakon Nur Afiqah selepas dua tahun berkenalan. – mStar

    “Kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu ketika terbabit dalam sebuah drama. Pada awalnya, tiada bibit cinta pun, tapi selepas dua bulan tamat penggambaran kami berjumpa semula dan hubungan cinta mula berputik, lapor Berita Harin Online.

    “Kami ambil masa enam bulan untuk meluahkan isi hati masing-masing dan ambil keputusan untuk bertunang secara rahsia,” katanya.

    Menurut Syafie, dia memohon maaf kerana tidak berkongsi hubungannya lebih awal kepada peminat dan berharap majlis pernikahan yang diadakan secara langsung di Instagram dapat memberi kegembiraan kepada semua yang menonton.

    “Terima kasih kerana sentiasa menyokong kerjaya lakonan saya selama ini. Doakan perkahwinan ini kekal bahagia sehingga ke jannah.

    Syafie atau nama sebenarnya, Muhammad Syafie Naswip menyerahkan mas kahwin RM300 dan duit hantaran sebanyak RM15,000. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda