Saturday, March 1, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syafinaz kerja keras demi dua lagu klasikal

    Tiada yang lebih menggembirakan penyanyi dan pakar vokal, Datuk Syafinaz Selamat apabila diberi peluang beraksi di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), pentas berprestij yang menjadi idaman ramai bintang.

    Biarpun sekadar menyanyikan dua lagu, Syafinaz mengakui, peluang itu sudah cukup bermakna. Baginya, penampilan itu bukan sekadar memberi hiburan, malah mendidik penonton mengenai seni klasikal yang amat dicintai.

    Katanya, beliau sangat teruja diundang untuk membuat persembahan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO).

    “Saya sangat teruja apabila diundang MPO untuk menyanyi bersama mereka. Ini julung kali kami buat persembahan bersama di pentas berprestij seperti ini.

    “Lagu klasikal ini tidak sama dengan pop. Susunan muzik pop teratur, iaitu ada rangkap dan diikuti korus, sangat ringkas. Untuk klasikal, iaitu lagu simfoni, ada pergerakan tertentu seperti perlahan, laju dan berunsur dramatik.

    “Jika ini kali pertama awda menyaksikan konsert klasikal, ini peluang buat awda untuk pelajari dan fahami seni muzik itu,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Classical Treasures di DFP, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Yang turut hadir, Konduktor Residen MPO, Gerard Salonga. Konsert itu akan diadakan pada 5 April depan, mulai jam 8 malam.

    Pada persembahan itu, Syafinaz akan mengalunkan lagu dari opera Romeo And Juliet ciptaan Gounod berjudul Juliet’s Waltz dan lagu Der Holle Rache atau Queen Of The Night yang dipetik daripada opera The Magic Flute ciptaan Mozart. – Agensi

    Biarpun sekadar menyanyikan dua lagu, Syafinaz mengakui, peluang itu sudah cukup bermakna. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda