Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syafinaz puji ramai berbakat

    Sejak penyanyi Ernie Zakri menjuarai Bintang RTM 2009, bekas peserta program realiti berkenaan dilihat seakan-akan kurang menyerlah dalam industri hiburan.

    Mengakui perkara itu, penyanyi Datuk Syafinaz Selamat, 51, berkata dia tidak mengetahui punca bakat mereka tidak mendapat perhatian ramai.

    Kata Syafinaz, Bintang RTM banyak melahirkan penyanyi mempunyai kekuatan vokal, namun penonton lebih tertarik untuk melihat rupa paras serta perwatakan seseorang.

    “Saya sendiri terfikir kenapa bakat-bakat Bintang RTM kadang tidak menyerlah… Kalau nak jadi penyanyi sudah tentu keutamaan pada vokal yang kuat.

    “Tapi perkara yang kurang penting seperti paras rupa, sikap peserta pula yang lebih mendapat perhatian ramai.

    Syafinaz mengakui Bintang RTM banyak melahirkan penyanyi berbakat. – mStar

    “Itu yang bagi saya agak mengelirukan kerana saya sendiri sebagai seorang juri menganggap bakat yang tidak menyerlah ini seperti dibazirkan,” katanya kepada mStar.

    Syafinaz berkongsi perkara itu semasa sidang media Bintang RTM 2024 yang diadakan di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri RTM, Kuala Lumpur hari ini.

    Dalam pada itu, Syafinaz yang juga merupakan juri tetap Bintang RTM 2024 bersimpati dengan nasib bekas peserta program realiti itu yang dirasakan mempunyai bakat namun masih gagal menempa nama dalam bidang nyanyian.

    “Saya tidak ingat Bintang RTM tahun bila, sewaktu saya menjadi tenaga pengajar, peserta program tersebut sangat bagus tapi sampai sekarang tidak mendapat tempat dalam industri,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda