Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syafiq Kyle, Mimi Lana kena caj tinggi naik beca London

    Nasib tidak menyebelahi buat pelakon Mimi Lana dan suaminya, Syafiq Kyle, apabila pasangan itu dikenakan caj tinggi ketika menaiki beca di London semasa bercuti di sana.

    Menurut Mimi atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 30, mereka dikenakan bayaran sekitar RM1,100 (bersamaan £190) hanya untuk perjalanan sejauh dua kilometer di ibu kota United Kingdom itu.

    Lebih melucukan, Syafiq pada mulanya menyangka harga yang dikenakan adalah dalam Ringgit Malaysia sebelum menyedari ia sebenarnya dalam mata wang pound sterling.

    “Sebenarnya ada cerita kelakar di sebalik video ni! Kami ingat tengah naik beca romantik di London. Rupa-rupanya kena scam £190 untuk perjalanan 2km je. Syafiq ingat RM190, dia pun kata, ‘Wah murah!’ Saya cakap, ‘bukan sayang, itu pound’,” katanya.

    Perkongsian itu dibuat oleh Mimi menerusi hantaran di Instastory miliknya, yang turut memaparkan video mereka berdua menikmati suasana London sambil menaiki beca.

    Menurut Mimi lagi, mereka berdua hilang kata-kata sepanjang perjalanan pulang selepas menyedari jumlah bayaran yang perlu dibayar.

    Dia turut menitipkan pesanan kepada para pengikutnya agar lebih berhati-hati dan tidak terlalu teruja ketika bercuti, terutamanya apabila berdepan situasi yang boleh mengundang penipuan.

    “Kami dua-dua terus senyap sepanjang perjalanan balik. Pengajaran betul! Sebab tu lah orang tua-tua cakap, jangan seronok sangat! Jadi kalau korang pergi London, tak payah lah nak mengada sangat naik beca. Kat Melaka pun ada!,” luahnya. – Agensi

    Mimi anggap kejadian naik beca tersebut sebagai satu pengajaran. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda