Sunday, April 13, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syafiq Kyle tak letak syarat Mimi Lana untuk berlakon

    Tiada sebarang syarat ditetapkan pelakon Syafiq Kyle terhadap isterinya berhubung batasan dalam bidang lakonan selepas mereka sah bergelar suami-isteri dua bulan lalu.

    Mimi Lana, 30, sebaliknya berkata, sebagai isteri dia sedar perlu menjaga batas tidak hanya ketika berlakon tetapi pergaulan ketika berada di set penggambaran.

    Bagi Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, perkara itu tidak perlu diingatkan kerana sebagai seorang individu dia boleh berfikir sendiri mengenainya.

    “Tiada syarat sebab sebelum ini saya dan Syafiq pun sudah lama kenal, sebagai manusia benda itu saya boleh fikir sendiri tanpa perlu sesiapa ingatkan.

    “Kami pun memang ada berbincang tentang perkara itu sebelum berkahwin lagi, jadi tiada masalah,” katanya kepada mStar.

    Mimi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem First Wives di TGV KLCC pada malam Rabu.

    Bercerita mengenai kehidupan selepas bergelar isteri, Mimi memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah membahagikan masa di antara karier dan peribadi.

    Malah kata Mimi, ketika ini dia banyak menghabiskan masa menjalankan tanggungjawab sebagai isteri memandangkan masih belum memasuki set penggambaran.

    “Alhamdulillah semua rezeki daripada Allah tapi fasal bahagikan masa setakat ini tiada masalah. Kami pun baru berkahwin dua bulan.

    “Sekarang saya masih belum masuk set penggambaran tapi doakan saya agar semua urusan kami dipermudah,” jelasnya.

    Untuk rekod, Mimi dan Syafiq, 33, mendirikan rumah tangga pada 14 Februari lalu di Taiping, Perak dalam satu majlis tertutup.

    Dalam perkembangan lain, Mimi bakal tampil dengan drama terbaharu lakonannya berjudul First Wives. – Agensi

    Tiada syarat dibuat Syqfiq buat Mimi untuk terus berlakon. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda