Wednesday, March 12, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syafiq, Mimi sah bergelar suami isteri

    Pasangan pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana sah bergelar suami isteri selepas selamat disatukan di sebuah ruang acara di Taiping, Perak pada petang Jumaat.

    Menurut mStar, Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram.

    Mengambil berkat hari Jumaat, Syafiq meluahkan rasa syukur majlis akad nikah itu berjalan lancar.

    “Alhamdulillah, berkahwin pada Jumaat yang berkat,” ujarnya.

    Pasangan suami isteri itu turut berkongsi beberapa keping foto bersama di atas pelamin.

    Malah pengantin kelihatan anggun dan tampan mengenakan busana berwarna putih.

    Khabar angin pernikahan mereka mula jadi bualan kerana sebelum itu kedua-duanya memuat naik gambar cincin seolah memberi bayangan bakal bernikah.

    Pasangan itu pernah membatalkan majlis pernikahan mereka seminggu sebelum dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos 2023. – Agensi

    Syafiq dan Mimi kelihatan anggun dan tampan mengenakan busana berwarna putih. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda