Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syahnaz mohon maaf dua kali kepada isteri Rendy

    Dakwaan hubungan sulit Syahnaz Sadiqah dengan Rendy Kjaernett masih menjadi perhatian umum. Beberapa siri bukti telah didedahkan oleh isteri Rendy, Lady Nayoan, melalui muat naik Instagram Story.

    Selain tangkapan skrin perbualan Rendy dengan Syahnaz dalam aplikasi ojek online, Lady turut memuat naik tangkapan skrin permohonan maaf Syahnaz terhadap dirinya sendiri selepas ditangkap menipu.

    Permohonan maaf Syahnaz kepada Lady Nayoan telah disampaikan pada 11 September 2022.

    “Kak Lady, awak dah tahu semuanya sekarang. Saya pun keliru nak jelaskan apa lagi, yang jelas saya cuma boleh betul-betul minta maaf dengan Kak Lady untuk semuanya. Oiya kaa… Maaf saya betul-betul kecewakan akak,” tulis Syahnaz.

    Lady Nayoan menerima permohonan maaf Syahnaz dengan tenang. Dia hanya meminta adik Raffi Ahmad itu supaya tidak mengulangi lagi perbuatannya itu.

    Permohonan maaf Syahnaz kepada Lady Nayoan telah disampaikan pada Januari 2023. – tabloidbintang

    “Saya cuma boleh minta tolong, harap perkara ini tidak berterusan, Naz,” tulis ibu kepada tiga anak itu.

    Tetapi syak wasangka terhadap hubungan sulit itu berulang. Lady Nayoan sekali lagi menemukan bukti bahawa Syahnaz masih berkomunikasi dengan Rendy Kjaernett.

    Syahnaz sekali lagi memohon maaf pada Januari 2023.

    Sehingga kini tiada sebarang penjelasan daripada Syahnaz mahupun Rendy Kjaernett.

    Syahnaz sebenarnya menutup ruangan komen dalam muat naik terbaharunya di Instagram. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda