Friday, October 18, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syahrini bersalin anak pertama di Singapura

    Penantian lima tahun menanti kehadiran cahaya mata berakhir apabila penyanyi Syahrini mendedahkan selamat melahirkan anak damit sulungnya, semalam.

    Berkongsi berita gembira itu, Syahrini memaklumkan dia melahirkan anak damit berkenaan di Singapura, kongsi mStar.

    “Masya-Allah. Bismillahirrahmanirrahim. Singapura, 1 August 2024,” katanya menerusi perkongsian di Instagram miliknya.

    Apa lebih istimewa, Syahrini memberitahu dia dan anaknya itu turut berkongsi tarikh lahir yang sama.

    Penyanyi itu turut menyifatkan penantian selama lima tahun itu sebagai pengakhiran yang indah apabila perkahwinannya dengan Reino Barack akhirnya dikurniakan zuriat.

    “Bertambahnya usia tahun ini, dan hari ini bertepatan dengan kelahiran buah hati kami.

    “Penantian panjang yang berhujung indah,” ujarnya.

    Syahrini dan Reino bagaimanapun masih merahsiakan nama dan jantina anaknya. – Agensi

    Syahrini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan cahaya mata sulungnya. – Instagram @princessyahrini
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda