Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syamel hargai peminat undi ABPBH 36

    Penyanyi Syamel hargai usaha peminat yang bersungguh-sungguh mengundi dirinya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36.

    Calon bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular itu berkata, dia memahami undian ABPBH 36 lebih sengit memandangkan tiada pengumuman calon Top 5.

    “Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokong. Saya tahu persaingan lebih sengit sebab Top 5 tidak diumumkan, jadi kerja peminat lebih dahsyat.

    “Sebab itu saya sangat berterima kasih kepada mereka yang berusaha mengundi,” katanya kepada BH Online.

    Syamel berkata, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang, tapi tetap percaya pada sokongan peminatnya.

    Syamel tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang ABPBH 36, tapi tetap percaya pada sokongan peminat. – Utusan

    “Saya pasang niat sejak pembabitan awal dahulu, apa sahaja yang berlaku atas izin Allah dan selebihnya usaha peminat.

    “Peminat memainkan peranan mereka dan sudah mengundi. Saya tak boleh cakap saya tak ambil kisah.

    “Saya sangat hargai peminat yang mengundi walaupun saya boleh katakan perjalanan kerjaya saya tahun ini lebih kepada pengeluaran lagu sahaja.

    “Tiada benda lain yang saya buat tahun ini, tapi masih ada lagi mereka yang sudi dan bertungkus-lumus mengundi saya,” katanya yang yang ditemui pada sidang media Festival Futureland di Stadium Merdeka, di sini, baru-baru ini.

    Festival muzik yang dibawakan oleh Warner Music Malaysia itu akan diadakan di lokasi ikonik, Stadium Merdeka pada 23 November depan.

    Ia turut menampilkan Hujan, Bunkface, Kugiran Masdo, Aina Abdul, Ayda Jebat, Syamel,

    Tuju, Zynakal, Fimie Don, Amsyar Lee, Rizal Rasid, Empty Page, Fugo dan ramai lagi.

    Syamel berkata, dia akan menyampaikan empat lagu termasuk lagu baharunya, Hamba Cinta bersama bandnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda