Saturday, November 16, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syamsul mungkin masih merajuk

    Penerbit Datuk Yusof Haslam memberitahu anaknya iaitu Syamsul masih belum pulang ke rumah meskipun sebelum ini beberapa kali meluahkan hasrat bertemu.

    Kata Yusof, 70, dia tidak berhubung dengan Syamsul dan terus berdoa agar anaknya itu akan terbuka hati untuk datang berjumpa keluarga.

    “Dia (Syamsul) tidak berhubung dengan saya. Mungkin dia sedang sibuk menjalani penggambaran filem yang difahamkan akan ditayangkan hujung tahun ini.

    “Tidak mengapalah dia tidak pulang. Sebagai orang tua saya harus berfikiran matang. Kalau anak bersikap sebegitu, saya tak boleh buat perkara sama.

    “Kita serahkan semuanya kepada Allah untuk menentukannya. Setiap kejadian yang dah berlaku kita tak boleh ubah,” katanya kepada mStar.

    Yusof sentiasa menanti kepulangan Syamsul. – mStar

    Yusof ditemui ketika majlis pelancaran Al Aqsa Carpet Factory Outlet milik pelakon Dazrin Kamaruddin yang berlangsung di Shah Alam pada Ahad.

    Tambah Yusof dia juga belum bersua muka dengan dengan isteri Syamsul iaitu Ira Kazar selepas mereka bernikah pada Januari tahun lalu.

    Malah Yusof juga enggan memberi komen lanjut tentang hubungannya dengan Ira kerana tidak mahu mengguris hati isteri iaitu Datin Patimah Ismail.

    “Soal berjumpa itu saya tidak mahu komen. Biarlah masa dan keadaan menentukan.

    “Saya pun mahu menjaga hati isteri. Tak mahu hubungan dengan isteri jadi keruh hanya kerana perkara ini. Harapnya ada kejernihan dalam hubungan kami sekeluarga,” ujarnya.

    Menurutnya lagi kemungkinan Syamsul masih terasa hati sehingga dia mengambil keputusan menjauhkan diri dan tidak menghubungi keluarga. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda