Wednesday, September 18, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syamsul Yusof akhirnya pulang jumpa ibu bapa

    Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof akhirnya bertemu ibu bapanya setelah sekian lama tidak pulang bertemu mereka.

    Detik manis kepulangannya dikongsi ibu Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail menerusi Instastory miliknya pada malam kelmarin. Menerusi hantaran tersebut, Syamsul yang memakai jaket hitam dan seluar sukan memeluk erat kedua-dua ibu bapanya. Patimah turut memuat naik lagu latar belakang Syukran Lillah nyanyian Sabyan yang liriknya mengungkapkan rasa syukur.

    Dalam perkongsian lain, Patimah turut berkongsi foto bersama bekas isteri Syamsul iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana serta suaminya Datuk Yusof Haslam. Syamsul pula mendukung anak perempuannya Sumayyah dan kesemua mereka kelihatan ceria sambil tersenyum.

    Patimah pada pagi kelmarin memberi gambaran bakal bertemu anaknya dan akhirnya impian tersebut menjadi kenyataan.

    Syamsul dikatakan sudah lama tidak pulang ke rumah dan ibu bapanya hanya mengikuti perkembangan semasa menerusi laporan media. – Agensi

    Detik manis Syamsul pulang ke pangkuan keluarga. – mStar

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda