Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syamsul Yusof nafi terkena sihir

    Pengarah Syamsul Yusof menyangkal dakwaan dibuat oleh ibunya, Datin Patimah Ismail kononnya dia disihir oleh isteri keduanya, Ira Kazar.

    Syamsul, 39, menjelaskan pilihan untuk beristeri dua ialah keputusannya sendiri selepas mendapat petunjuk daripada melakukan solat Istikharah.

    Dalam pada itu, Syamsul berkata, dia tidak mampu untuk memenuhi permintaan Patimah yang mahu dia menceraikan Puteri Sarah.

    Kata pengarah filem Mat Kilau itu, sekiranya rukun perkahwinan dalam Islam menetapkan meminta kebenaran ibu ialah rukun wajib untuk berkahwin, baharulah dia akan berbuat demikian.

    “Dia sebagai ibu, saya faham dia sangat sedih. Saya faham juga ibu terluka, tapi kalau boleh jangan dikongsi di sosial media.

    Syamsul Yusof nafi dakwaan ibunya yang dirinya terkena sihir. – Agensi

    Tambah Syamsul lagi, dia tidak kisah sekiranya Patimah berpihak kepada isteri pertamanya itu dan berharap masa akan memulihkan semula hubungan mereka.

    “Tak mengapa kalau ibu saya mahu menyokong Sarah. Ini bukan permainan nak suruh sokong bini kedua, macam saya cakap ibu tak tahu cerita sebenar. Masa akan menentukan segalanya,” ujarnya.

    Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

    Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

    Pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah atas faktor masih percaya ada harapan untuk berbaik semula. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda