BANDAR SERI BEGAWAN, 17 ARPIL – Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menganjurkan program Ambassadorial Lecture Series buat julung kalinya dengan menampilkan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turkiye ke Negara Brunei Darussalam, Profesor Dr Hamit Ersoy di Dewan Jubli UNISSA baru- baru ini.
Beliau menyampaikan syarahan bertajuk The Ottoman Contribution to the Modern Islamic Civilisation mengupas sumbangan besar Empayar Uthmaniyyah dalam membentuk tamadun Islam moden, termasuk dalam bidang pentadbiran, pendidikan, seni bina dan ilmu pengetahuan.
Program berkenaan turut dihadiri oleh Rektor UNISSA, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal bersama para pegawai utama, dekan, pensyarah dan pelajar UNISSA.
Program berkenaan mencerminkan komitmen UNISSA dalam memperkasa ilmu pengetahuan serta memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa melalui perkongsian ilmuan bertaraf global.