KUALA LUMPUR, 9 Julai – Syarikat Malaysia yang memilih untuk mengabaikan atau menangguhkan penggunaan teknologi dan penawarannya akan ketinggalan akhirnya, kata VMware. Mereka juga akan kehilangan kelebihan produktiviti yang dijanjikan oleh mobiliti. Pengurus Negara VMware Malaysia, Alex Loh berkata demikian dengan memetik “Kajian Ruang Kerja Digital VMware 2017” yang membuat kajian ke atas 2,000 profesional di Asia Tenggara mengenai tabiat Bawa Peranti Anda Sendiri (BYOD). “Ia mendedahkan jurang, kelemahan dan ketidakcekapan