Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat AS tarik balik ubat ALS

    WASHINGTON, 5 APRIL – Amylyx Pharmaceuticals mengumumkan kelmarin ia menarik balik rawatan yang diluluskan terhadap penyakit neurodegeneratif Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) yang boleh membawa maut selepas data klinikal mendapati tiada bukti ubat itu berkesan.
     
    Dalam satu kenyataan, syarikat Amerika Syarikat (AS) itu berkata ia akan menghentikan kebenaran pasarannya untuk Relyvrio atau Albrioza, menggunakan nama jenama ubat itu di pasaran AS dan Kanada.
     
    “Walaupun ini adalah saat yang sukar bagi komuniti ALS, kami mencapai persetujuan dengan kerjasama pihak berkepentingan yang akan terlibat dan selaras dengan komitmen teguh kami kepada mereka yang menghidap ALS dan penyakit neurodegeneratif lain,” kata CEO bersama syarikat itu, Joshua Cohen dan Justin Klee dalam satu kenyataan.
     
    Syarikat itu juga berkata ia telah mengurangkan tenaga kerjanya sebanyak ‘kira-kira 70 peratus’ ketika  menumpukan pada satu lagi ubat eksperimen untuk digunakan terhadap ALS, dan menggunakan semula Relyvrio untuk keadaan lain.
     
    Ia menambah ia akan terus menyediakan Relyvrio untuk pesakit yang ingin terus menggunakan rawatan itu, melalui ‘program ubat percuma.’
     
    Rawatan itu mengikuti data daripada percubaan klinikal 664 pesakit ALS yang diumumkan pada bulan Mac, yang mendapati tiada perbezaan ketara dalam hasil antara mereka dalam kumpulan rawatan dan mereka yang menerima plasebo.
     
    Ia sekali gus memberikan tamparan hebat kepada pesakit yang menghidap ALS, kadangkala dipanggil penyakit Lou Gehrig.
     
    ALS menjejaskan kira-kira dua orang bagi setiap 100,000 setiap tahun, menyebabkan kehilangan pertumbuhan fungsi pergerakan dan kognitif. 
     
    Kebanyakan pesakit mati dalam tempoh lima tahun selepas diagnosis mereka.  – AFP
     
    Gambar fail yang disediakan oleh Amylyx Pharmaceuticals menunjukkan ubat Relyvrio. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda