Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat automobil tawar pelbagai perkhidmatan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Syarikat KMO Trading, sebuah syarikat automobil sehenti yang menawarkan perkhidmatan daripada perincian kereta, penukaran tayar, penjajaran digital, cambering dan servis kereta telah melancarkan sebuah kedai Car Detailing XPEL Brunei di Menglait, Gadong, hari ini.

    Hadir bagi menyempurnakan pelancaran ialah Pengarah Urusan XPEL Brunei, Howard Kuan dan Jane Lee dari XPEL Brunei.

    Kedai berkenaan juga memperkenalkan penggunaan produk XPEL dari Amerika Syarikat (AS) yang tertumpu pada penjagaan cat kereta.

    XPEL Brunei merupakan anak syarikat KMO Trading Company yang ditubuhkan pada 2020 dan kini menawarkan perkhidmatan baharu seperti XPEL Prime yang mampu menolak haba panas diluluskan JPD dan pewarna tingkap, XPEL Vision khas untuk rumah dan pejabat.

    Syarikat berkenaan juga memperkenalkan lapisan perlindungan cat iaitu XPEL Ultimate Plus serta XPEL Salutan Seramik Fusion Plus untuk kereta.

    Ketika ditemui Media Permata, Howard Kuan mengongsikan bahawa XPEL diasaskan pada 1997 dan pakar dalam produk filem perlindungan cat kereta. Ia merupakan sebuah syarikat AS yang tersenarai di NASDAQ dengan rangkaian pengedar bertaraf dunia.

    Menurutnya, produk yang mereka tawarkan telah diuji dengan teliti dan terbukti berprestasi dalam apa juga keadaan cuaca, lebih-lebih lagi pada musim cuaca panas.

    Howard Kuan dan Jane Lee bergambar ramai semasa majlis perasmian kedai mereka di Menglait, Gadong, kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda