Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat binaan langgar kontrak diarah bayar lebih $100,000

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 DIS – Mahkamah Perantaraan pada Rabu kelmarin telah memerintahkan sebuah syarikat pembinaan, Syarikat Izzat Hakim Sdn Bhd, untuk membayar pemilik rumah Dayang Endak anak Ludan sebanyak $102,727.57, yang mengakhiri perbicaraan terhadap pertikaian pembinaan rumah antara kedua-dua pihak.

    Syarikat pembinaan itu memulakan tindakan mahkamah terhadap pemilik rumah bagi pembayaran baki kos pembinaan tertunggak enggan dibayar oleh pemilik rumah.

    Pemilik rumah menjelaskan enggan membayar jumlah yang diminta dengan alasan hasil kerja yang tidak lengkap, kelewatan menyiapkan rumah dan kecacatan yang ditemui dalam pembinaan.

    Jumlah kos pembinaan rumah tersebut ialah sebanyak $642,000.

    Syarikat pembinaan itu juga mendakwa mengalami kerugian apabila ia dihalang daripada mengambil kontrak pembinaan lain.

    Hakim Pengiran Hajah Norismayanti binti Pengiran Haji Ismail mendengar keterangan dan laporan daripada dua saksi pakar dalam bidang pembinaan, masing-masing diwakili oleh pihak lawan.

    Selepas mempertimbangkan keterangan yang dibentangkan di mahkamah dan penghujahan daripada peguam bela, hakim mendapati terdapat tunggakan kerja yang menyebabkan skop kerja tidak dapat disiapkan sepenuhnya.

    Mahkamah juga mendapati syarikat pembinaan tersebut bertanggungjawab terhadap kerosakan akibat kerja-kerja yang tidak sempurna itu.

    Mahkamah seterusnya mengenakan ganti rugi terhadap syarikat pembinaan kerana lewat menyiapkan rumah itu.

    Pemilik rumah diwakili oleh Kamal Shaari dan Anlan Hee dari Messrs Yusof Halim & Partners manakala Navrita Kaur dan Lailatul Zubaidah Hussain dari Messrs LZ Hussain mewakili syarikat pembinaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda