Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat Brusin meriahkan sambutan Aidilfiri

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Dengan hasrat untuk menyediakan peluang bagi mengeratkan silaturahim, Brusin Trading Company Sdn Bhd juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Brusin yang diadakan di Tarindak D’Seni, di sini, hari ini.

    Majlis sambutan yang dianjurkan oleh pengedar sah Dell Technologies di Negara Brunei Darussalam berkenaan, memberikan peluang bagi para rakan kongsi dan pelanggan Brusin untuk berjumpa dan berinteraksi antara satu sama lain.

    Pada majlis itu, kehadiran para jemputan telah dialu-alukan oleh Pengurus Besar Brusin, Haji Sufian bin Haji Mohd Tahir.

    Turut hadir ialah Pengurus Pembangunan Wilayah, Bernard Kho serta pegawai dan kakitangan Brusin Trading Company.

    Majlis berkenaan merupakan acara tahunan yang diadakan oleh pihak syarikat bersama-sama Dell di mana ia sebagai cara untuk menyampaikan penghargaan kepada klien dan pelanggan mereka.

    Acara itu memberikan peluang bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan persahabatan dan silaturahim antara pihak Brusin bersama rakan kongsi dan pelanggan mereka tetapi juga untuk berinteraksi dengan pembekal mereka dalam suasana perayaan yang meriah.

    Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda