TAIPEI, TAIWAN, 28 APRIL – Pembuat vaksin China sedang mempertimbangkan untuk menggabungkan vaksin mereka sama ada rangsangan suntikan itu boleh membantu melindungi daripada jangkitan COVID-19 dengan lebih baik.
Sinovac dan Sinopharm, dua pengilang China yang bergabung telah mengeksport ratusan juta dos di seluruh dunia, berkata mereka akan mempertimbangkan untuk menggabungkan vaksin mereka dengan vaksin daripada syarikat lain.
Awal bulan ini, ketua Pusat Kawalan Penyakit China, Gao Fu, berkata vaksin ketika ini menawarkan pelindu-ngan sederhana dalam menentang koronavirus dan mencampurkannya adalah antara strategi yang telah dipertimbangkan untuk merangsang keberkesanannya.
Gao kemudian cuba untuk merubah kenyataannya terdahulu, berkata dia sedang bercakap secara umum mengenai peningkatan keberkesanan vaksin.
Kumpulan Biotech Nasional China mempunyai rancangan untuk masa depan bagi ‘penggunaan berurutan’ vaksin mereka, kata Li Meng, ketua kerjasama antarabangsa bagi syarikat itu berkata hari ini semasa sidang antarabanga.
Syarikat itu, subsidiari Sinopharm milik kerajaan membuat dua vaksin COVID-19 belum aktif dan yang ketiga masih dalam percubaan klinikal.
Sinovac, sebuah syarikat swasta di Beijing juga berkata mereka dalam perbincangan awal dengan para penyiasat termasuk Pusat Kawalan Penyakit China, tentang menggabungkan dos-dos vaksin mereka, CoronaVac, bersama yang lain. – AP
