Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat didenda $1,600

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Gara-gara gagal mengemukakan cukai pendapatan tahunan, sebuah syarikat dihukum denda $1,600 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Wakil Syarikat Bluebird Sdn Bhd mengaku bersalah atas tuduhan gagal mengemukakan cukai pendapatan tahunannya yang berakhir pada 31 Disember 2014 dan 2015 ke Bahagian Hasil Kementerian Kewangan. Syarikat tersebut diberi tempoh sehingga 10 Februari untuk membayar denda itu. Di bawah Seksyen 52 Akta Pendapatan Cukai (Bab 35), syarikat-syarikat dikehendaki untuk melengkapkan butiran pendapatan pulangan bagi maksud menentukan pendapatan.

    Kes didakwa Timbalan Pendakwa Yvonne Lim.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda