Oleh Daniel Lim
BELAIT, 27 SEPT – Sebuah syarikat tempatan di Daerah Belait telah dikenakan kompaun berjumlah $500 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), kelmarin, kerana melakukan kesalahan di bawah Penggal 30, Seksyen 12 (1) (e) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil.
Fu Yun Yuan Contractor telah didapati membuang bahan buangan di tempat terbuka di mana syarikat itu menjalankan kerja pengorekan pasir, di Kampung Sungai Bera, Seria.
Syarikat tersebut diberi tempoh tujuh hari untuk membayar denda dan jika gagal boleh dihadapkan ke mahkamah di mana jika sabit kesalahan boleh dijatuhi denda $1,000 atau penjara sebulan bagi kesalahan pertama, dan denda $3,000 serta penjara sehingga tiga bulan bagi kesalahan seterusnya.
JASTRe turut mengingatkan syarikat-syarikat dan orang ramai untuk membuang sampah di tempat yang ditetapkan bagi memastikan kebersihan alam sekitar.
