Oleh Yusrin Junaidi
TUTONG, 31 JAN – Sebuah syarikat di Kampung Sinaut, Tutong telah dikenakan denda $500 oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong atas kesalahan membuang sampah di tempat awam.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong, syarikat tersebut didapati melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 dan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun.
Jika gagal, syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000 bagi kesalahan pertama.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/02/P7-2-Pic-1_01022023.jpg)