PENAMPANG, 21 SEPT – Syarikat kenderaan perdagangan diminta untuk mendaftar Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dengan segera untuk menikmati subsidi RON95.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia, Datuk Armizan Mohd Ali berkata syarikat terlibat disarankan agar mendaftar awal bagi membolehkan syarikat memperoleh manfaat subsidi sebaik sahaja tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 diumumkan.
Beliau berkata gesaan itu dibuat berikutan bilangan syarikat mendaftar SKPS masih rendah, iaitu daripada 4,647 kenderaan perdagangan yang dianggarkan layak, hanya 89 kenderaan perdagangan di Sabah dan enam di Sarawak telah membuat pendaftaran SKPS.
“Jangan tunggu saat akhir, kalau kita melihat dari segi proses, mendaftar dan memohon SKPS itu mudah. Kita merasakan kalau mereka daftar sekarang, KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) boleh luluskan satu hari, bahkan satu jam pun boleh jika dokumen lengkap. – Bernama


