Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat dikenakan kompaun

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Hasil pemeriksaan Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) ke atas beberapa kawasan di Daerah Brunei dan Muara, baru-baru ini, mendapati tiga buah syarikat telah melanggar Peruntukan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil (Penggal 30) iaitu; kesalahan membuang dan melonggok sampah-sarap dengan tidak teratur dan bukan di tempat dikhaskan serta melakukan pembakaran terbuka.

    Syarikat Farhana Muhd Enterprise, Destiny Jaya Sdn Bhd dan Swee Wah Enterprise Sdn Bhd telah dikenakan kompaun $500 atas kesalahan itu.

    Manakala dalam operasi berasingan, enam syarikat lagi telah dikenakan kompaun iaitu, C-Tech Sdn Bhd, Roanuok Sdn Bhd dan Syarikat Sutradhar Sdn Bhd yang dikenakan denda $500 sementara Syarikat H.H Workshop Sdn Bhd, Mr Minhaz supermarket dan Yanur Trading Sdn Bhd telah dikenakan kompaun sebanyak $200.

    Sehubungan dengan itu, JDBM mengingatkan orang ramai dan para pemilik syarikat perniagaan agar tidak mengambil ringan isu kebersihan.

    Sampah yang dilonggokkan oleh salah sebuah syarikat di Daerah Brunei dan Muara. – Gambar serahan Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan, JDBM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda