Thursday, May 1, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat dikompaun $1,000 akibat buang sampah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Sebuah syarikat di Tutong telah dikenakan kompaun sebanyak $1,000 oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong (JDT) kerana didapati melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021.

    Denda kompaun yang dikenakan kepada syarikat berkenaan adalah hasil daripada rondaan Unit Penguatkuasaan JDT dan syarikat berkenaan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari.

    Jika gagal membayar denda tersebut, syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $2,000 dan tidak melebihi $10,000.

    Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, syarikat berkenaan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $10,000 dan tidak melebihi $30,000 serta boleh dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Unit Penguatkuasaan, JDT ingin mengingatkan orang ramai, syarikat dan pemilik premis-premis perniagaan agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.

      Antara kesalahan yang dikesan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JDT

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda