Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Sebuah syarikat telah dikenakan denda kompaun sebanyak $2,000 oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara setelah didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian (Penggal 30)
Syarikat tersebut telah didapati melakukan kesalahan semasa rondaan dan pemeriksaan dijalankan di persekitaran Kampung Jerudong, Mukim Sengkurong pada 11 Mac lalu.
Syarikat berkenaan diarahkan untuk membayar denda kompaun dalam masa 7 hari. Jika gagal melunaskan denda, kes akan dibawa ke mahkamah di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30) iaitu jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tidak melebihi $30,000 bagi syarikat atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.
Pihak Jabatan juga ingin memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang dengan menyertakan alamat lokasi berserta gambar-gambar melalui pesanan whatsapp 8321581.
Semua di atas: Antara kesalahan yang didapati. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JDBM