Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat dikompaun kerana buang sampah merata

    Oleh Syahmi Hassan –

    BELAIT, 4 JULAI – Unit Penguat-kuasaan, Jabatan Daerah Belait dalam pemantauan beberapa kawasan di bawah kawalannya telah mengeluarkan satu denda kompaun ke atas sebuah syarikat kerana telah menyalahi Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian, 2021 (Penggal 30), Bab 12 (1) (d) baru-baru ini.

    Syarikat tersebut telah dikompaun sebanyak $1,000 kerana menggugurkan, menumpah atau menghamburkan sebarang habuk, pasir, tanah liat, tanah gambur, batu kelikir, rumput, jerambi, tatal, habuk kayu, abu, kotoran kebun, kotoran bangsal, kotoran perniagaan, baja, sampah atau apa jua barang dan bahan lain sembarangan di tempat awam, sama ada dari sesebuah kenderaan yang bergerak dan dalam apa jua cara sekalipun.

    Syarikat itu bagaimanapun telah menjelaskan denda kompaun itu.

    Sehubungan itu, Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Belait mengingatkan jika gagal membayar denda, syarika-syarikat atau individu yang terlibat dalam kegiatan seumpamanya boleh didakwa di mahkamah.

    Bahan binaan yang tidak lagi diperlukan dibuang di tempat awam.- Gambar serahan Jabatan Daerah Belait

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda