Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Syarikat dikompaun tumpahkan minyak di tempat awam

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Sebuah syarikat telah dikeluarkan kompaun oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong kerana didapati melanggar Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian 2021, Penggal 30 disebabkan menumpahkan minyak terpakai di tempat awam pada 24 Oktober.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Daerah Tutong, di sini, syarikat berkenaan telah dikenakan denda kompaun sebanyak $1,000.00 di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian 2021, Penggal 30, Bab 12 (1) (c) dengan syarikat berkenaan adalah dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari.

    Jika gagal membayar denda berkenaan dalam masa tujuh hari daripada tarikh kompaun dikeluarkan maka syarikat itu boleh dihadapkan ke mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $2,000.00 dan tidak melebihi $10,000.00.

    Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $10,000.00 dan todak melebihi $30,000.00, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis perniagaan supaya sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah-sarap di tempat awam.

    – Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...