Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Syarikat, dua individu kena kompaun

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 8 JUN – Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria (JBKBS) telah mengenakan denda kompaun ke atas dua individu berjumlah $400 serta denda $1,000 terhadap sebuah syarikat kerana melanggar Seksyen 12 (1), Bab 30 Akta Kesalahan Pelbagai (Pindaan) 2021 iaitu membuang sampah di kawasan awam.

    Menurut JBKBS, syarikat berkenaan telah didapati membuang kotak kadbod dan bingkai aluminium di belakang premis perniagaan di Jalan Bunga Raya, Kuala Belait

    Sementara itu, dua individu tersebut dikenakan denda kompaun $200 setiap seorang kerana membuang puntung rokok di premis awam.

    Syarikat dan individu-individu berkenaan diberi tempoh tujuh hari untuk membayar denda berkenaan dan jika gagal boleh dihadapkan ke mahkamah.

    Individu yang didapati bersalah akan berdepan denda antara $1,000 dan $3,000 bagi kesalahan pertama, sementara itu, bagi kesalahan berikutnya boleh didenda antara $3,000 dan $9,000, penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya.

    Manakala itu, syarikat yang didapati bersalah akan berdepan denda antara $2,000 dan $10,000 untuk kesalahan pertama, dan antara $10,000 dan $30,000, penjara tidak lebih 12 bulan, atau kedua-duanya, untuk kesalahan berikutnya.

    Jabatan berkenaan turut mengingatkan orang ramai serta pemilik perniagaan supaya memastikan kebersihan persekitaran terpelihara.

    Kotak-kotak kadbod yang dibuang di belakang premis perniagaan. – Gambar serahan Bahagian Penguatkuasaan JBKBS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...