Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat gagal rayuan dalam kes lebih RM4 juta

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Rayuan Sahid Sdn Bhd terhadap arahan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya untuk membayar pampasan sebanyak RM4,106,938.42 kepada sebuah syarikat Malaysia, ICE Petroleum Engineering Sdn Bhd, telah ditolak sepenuhnya oleh Mahkamah Rayuan, kelmarin.

    Rayuan itu susulan perbicaraan mahkamah yang dijalankan secara maya semasa tempoh pandemik COVID-19 pada 2020 di mana ICE Petroleum telah berjaya mendapat penghakiman untuk kos dan perbelanjaan yang ditanggung bagi kerja-kerja yang dilaksanakan dalam usaha sama yang gagal dengan Sahid.

    Sahid merayu atas alasan utama bahawa ia prejudis kerana saksi dalam perbicaraan belum diperiksa balas sepenuhnya mengenai dokumen-dokumen dan isu berkenaan justeru ia mendakwa terdapat jurang dalam keterangan semasa perbicaraan.

    Mahkamah Rayuan menolak hujah Sahid dan berpuas hati bahawa tiada asas bagi cabaran yang dibuat Sahid kerana mahkamah mendapati hakim perbicaraan telah membuat pemeriksaan yang teliti dan progresif terhadap semua keterangan.

    Kerana rayuan telah gagal sepenuhnya, penghakiman Mahkamah Tinggi yang terdahulu oleh Pesuruhjaya Kehakiman Kannan Ramesh telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan, bersama-sama dengan kos dan faedah; dan Sahid diperintahkan membayar kos rayuan ICE Petroleum.

    Peguam Eric Siow dan Jonathan Cheok dari Tetuan J Cheok Eric mewakili Sahid; dan peguam Roy Prabhakaran dan Kamal Shaari dari Tetuan Yusof Halim & Partners hadir bagi pihak ICE Petroleum.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda