Oleh Salawati Haji Yahya –
BELAIT, 5 OKT – Sebuah syarikat dikenakan denda $1,000 oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Rampaian Bab 12(1)(c) dengan membiarkan perangkap minyak (grease trap) tersumbat dan tidak diselenggarakan sehingga menyebabkan air kotor mengalir ke dalam longkang di belakang kedai di Kuala Belait.
Manakala seorang individu didenda $300 kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Rampaian Bab 12(1)(a) membuang puntung rokok di tempat awam.
Syarikat dan individu tersebut telah diberikan tempoh tujuh hari untuk menjelaskan denda kompaun berkenaan dan boleh didakwa di mahkamah jika gagal berbuat demikian.


