Oleh Ak Zaki Kasharan
BELAIT, 30 MAC – Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Daerah Belait kelmarin telah mengeluarkan kompaun terhadap sebuah syarikat sebanyak $500 dan seorang individu dikenakan kompaun sebanyak $100 kerana telah didapati bersalah dibawah Bab 12 (1) (a) dan (e) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil iaitu meletak, melonggokkan atau mencampakkan sebarang benda buangan di tempat awam.
Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Daerah Belait menyatakan jika kompaun tidak dijelaskan dalam masa tujuh hari daripada tarikh dikeluarkan kompaun, pesalah boleh dibawa ke mahkamah dan didenda sejumlah $1,000 bagi kesalahan kali pertama dan denda $3,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan bagi kesalahan seterusnya.
Orang ramai dan pemilik premis perniagaan disarankan sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekeliling serta membuang sampah di kawasan yang telah disediakan dan ditetapkan agar tidak mencemar alam sekitar.
Unit Penguatkuasaan Jabatan Daerah Belait akan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan perkara-perkara yang menyalahi peraturan dan undang-undang yang telah peruntukan kepada Jabatan Daerah Belait sentiasa dipatuhi.
Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi di talian 3334335 ext Bahagian Penguatkuasaan.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2021/03/PAGE-10-A_31032021.jpg)