Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat, individu dikenakan kompaun buang sampah merata

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Individu dan sebuah syarikat dikenakan kompaun setelah didapati membuang sampah di tempat awam di kawasan letak kereta Kampung Serusop oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bandaran BSB, di sini, seorang warga Indonesia dikenakan kompaun $100 manakala sebuah syarikat dikenakan kompaun sebanyak $200 atas kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil, Penggal 30 Bab 12 (1)(a) kerana meletak atau melonggok serta meninggalkan sampah-sampah perniagaan di tempat awam.

    Jabatan Bandaran BSB juga mengingatkan syarikat perniagaan dan orang ramai untuk tidak membuang sampah di tempat-tempat awam serta mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat kepada pihak Jabatan Bandaran BSB.

    Sebarang aduan dan maklumat yang berkaitan dan mencurigakan boleh disampaikan terus ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan Bandaran BSB menerusi Talian Darussalam 123, WhatsApp 8333123, laman sesawang www.123.gov.bn atau e-mel, Info@123.Gov.Bn.

    Sampah yang diletakkan di kawasan letak kereta di Kampung Serusop yang didapati semasa pemantauan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan. – Gambar serahan Jabatan Bandaran BSB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda